New Page 1

 

 

 

PBTUPM vs PBTUSM; Apa perbezaannya.

?

 

 

Antara kedua-dua pertubuhan ini, tidak ada perbezaan langsung. Kedua-duanya sama sejarahnya.

 

 

 

 

[1234.JPG]

 

[gen2usm2.JPG]

 

 

Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) dahulunya dianggotai oleh kesemua mahasiswa berbangsa Cina di semua IPT di Malaysia. Tetapi sejak setahun yang lalu, PBT di UPM dan juga USM telah didominasi oleh mahasiswa anti kerajaan. Mereka terdiri daripada keahlian DEMA atau di UPM, mereka lebih dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Maju (GMM).

 

[102_9013.jpg]Sejak dahulu lagi, penubuhan PBT adalah berprinsipkan kepada kesejahteraan hubungan sesama ahli di dalam persatuan, dengan penganjuran banyak aktiviti sosial seperti Malam Suai Kenal, lawatan amal, percutian persatuan, pertandingan catur cina, malam pesta tanglung, dan sebagainya.

 

Tetapi setelah ahli GMM mengambil alih pertubuhan PBT ini, banyak perubahan drastik yang telah dilakukan. Kesemua aktiviti PBT tidak lagi menjurus kepada aktiviti sosial, tetapi lebih cenderung kepada operasi yang memihak kepada Barisan Alternatif seperti Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat, Parti DAP, dan lain-lain NGO yang aktif menentang kerajaan. Antara aktiviti tersebut seperti pengajuran seminar mengenai Modul Hubungan Etnik, rapat umum, demonstrasi jalanan, menggantung diri di hadapan PWTC, dsb.[wong+keen+yi+-+jianyi.jpg]

 

Di UPM, PBT diketuai oleh Saudara Wong Keen Ji. Beliau amat aktif mengikut ke mana sahaja hala tuju Simon Oii Tze Min. Dengan terikatnya PBT bersama-sama GMM, maka amat mudahlah bagi Simon Oii selaku penyelaras GMM, untuk mencari ahli baru dari PBTUPM untuk diserap ke dalam aktiviti GMM menentang kerajaan.

 

 

 

Mahasiswa yang terperangkap di dalam PBT pada sesi kali ini, dengan mudahnya akan terpengaruh dengan gerakan dan aktiviti yang dianjurkan PBT, wal hal itu sebenarnya adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Simon Oii dari GMM.

 

Banyak sekali keahlian PBTUPM. Mahasiswa Cina yang ingin melibatkan diri dalam persatuan ini dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah GMM yang kini telah menguasai PBT. Tetapi tidak semua PBT di IPT di Malaysia dikawalselia oleh gerakan mahasiswa pembangkang.

 

Jika berminat untuk menyertai PBT, mahasiswa masih boleh menyertainya, asalkan jika wujud PBT di peringkat kolej. Ini adalah kerana, PBT yang ditakluki oleh GMM hanyalah bersifat PBT di peringkat universiti. GMM gagal mempegaruhi PBT di peringkat kolej-kolej kediaman.

 

Banyak mahasiswa Cina yang ditemui telah memberitahu bahawa, apa yang dilakukan oleh GMM bersama-sama PBT pimpinan Wong Keen Ji di Flat Sri Serdang pada awal tahun ini, disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan. Perkara sia-sia dan entah apa yang telah dilakukan oleh mereka. Seharusnya ahli GMM perlu peka dengan pandangan mahasiswa dan tidak boleh bentindak mengikut kemahuan matlamat GMM semata-mata.

 

 

Oleh;

Keris Perak.

6 Mac 2007.

 

 

    <<Kembali ke Halaman Utama MU

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>